H.M. Rohaizad

H.M. Rohaizad (1926-1961), pelakon dan penolong pengarah filem Melayu di Studio Jalan Ampas, Singapura. Dia lahir pada bulan Disember 1926. Nama sebenarnya ialah Syed Mohd. Hamid bin Syed Muhammad al-Sagoff[1] tetapi lebih dikenal dengan panggilan Wan Chik di kalangan seniman. Dia menggunakan nama H.M. Rohaizad sejak melangkah ke dunia perfileman di bawah pengurusan Malay Film Productions Ltd., Studio Jalan Ampas, Singapura sejak 7 Januari 1953.Mendirikan rumahtangga bersama Mariani dan dikurniakan 6 orang anak.Beliau meninggal dunia pada tahun 1961.